Tuesday, November 17, 2015

Pentaksiran Tingkatan Tiga PT3 Bahasa Melayu

Berikut merupakan cadangan saya untuk mengajar Bahasa Melayu Tingkatan Tiga. Moga-moga boleh meringankan beban cikgu Bahasa Melayu untuk merancang pengajaran dan menjalankan penilaian berasaskan sekolah.

Sepatutnya Headcount diambil sejak PPT tingkatan satu dan markah peperiksaan sahaja dan tidak termasuk markah penilaian kerana tidak menggambarkan tahap penguasaan Bahasa Melayu para pelajar.

Sepatutnya, pelajar tingkatan dua perlu didedahkan dengan ujian mendengar dan bertutur. CD ujian sebenar boleh digunakan dan ujian mendengar boleh dijalankan di dewan. Tahun 2015 merupakan tahun kedua PT3 dan CD ujian disimpan oleh ketua panitia atau GK Bahasa.

Selalunya pelajar liat untuk menghantar hasil kerja karangan umum dan karangan bahan rangsangan. Saya rasa guru BM boleh membuat check list hasil kerja pelajar supaya dalam mesyuarat dapat dicari jalan penyelesaian.

Analisis item peperiksaan penting untuk mengesan soalan yang paling jarang dijawab oleh pelajar. Guru juga boleh merancang latihan tambahan untuk pelajar lemah.


No comments:

Post a Comment