Friday, November 20, 2015

Format pentaksiran bertulis Bahasa Melayu PT3



SOALAN
TOPIK
BIL SOALAN
MARKAH
1
satu kesalahan tatabahasa
i - iv
8
2
satu kesalahan ejaan
i - iii
3
3
Gabungan ayat
i - v
10
4
Peribahasa
i - ii
4
5
Prosa
i - iii
10
6
Puisi
i - iii
10
7
Novel
i 
10
8
Karangan ulasan (80-100 perkataan)
i 
15
9
Karangan umum ( > 180 perkataan)
i - iii
30


Semoga jadual ini membantu kepada yang memerlukan

Tuesday, November 17, 2015

Pengajian Novel 6.20

Novel ini masih dikaji untuk pelajar tingkatan 3 2016. Dalam pentaksiran bertulis, markah maksimum 10. 6 untuk isi dan 4 untuk bahasa. Pada tahun 2015 terdapat tiga set soalan yang di sediakan untuk para pelajar menjawabnya.

PT3 2015, fokusnya kepada watak sampingan iaitu Pn. Delia (ibu Sukma) dan Rafik. Rasanya ramai cikgu tidak menyangka soalan sebegini yang keluar. Calon calon dikehendaki memberikan nilai dan contoh peristiwa yang berkaitan dengan watak dalam soalan. Sepatutnya pelajar boleh menjawab dengan ringkas tetapi ramai juga yang tidak menjawab apa yang dikehendaki oleh soalan. Kalau peristiwa ada tetapi nilai tiada makarkahnya kosong.








Pentaksiran Tingkatan Tiga PT3 Bahasa Melayu

Berikut merupakan cadangan saya untuk mengajar Bahasa Melayu Tingkatan Tiga. Moga-moga boleh meringankan beban cikgu Bahasa Melayu untuk merancang pengajaran dan menjalankan penilaian berasaskan sekolah.

Sepatutnya Headcount diambil sejak PPT tingkatan satu dan markah peperiksaan sahaja dan tidak termasuk markah penilaian kerana tidak menggambarkan tahap penguasaan Bahasa Melayu para pelajar.

Sepatutnya, pelajar tingkatan dua perlu didedahkan dengan ujian mendengar dan bertutur. CD ujian sebenar boleh digunakan dan ujian mendengar boleh dijalankan di dewan. Tahun 2015 merupakan tahun kedua PT3 dan CD ujian disimpan oleh ketua panitia atau GK Bahasa.

Selalunya pelajar liat untuk menghantar hasil kerja karangan umum dan karangan bahan rangsangan. Saya rasa guru BM boleh membuat check list hasil kerja pelajar supaya dalam mesyuarat dapat dicari jalan penyelesaian.

Analisis item peperiksaan penting untuk mengesan soalan yang paling jarang dijawab oleh pelajar. Guru juga boleh merancang latihan tambahan untuk pelajar lemah.